Followers

Friday, December 9, 2011

aku pasrah,tp belum redha..

Pejam celik..pejam celik dah masuk tahun ke-3 ayah k-poh pergi menghadap ILLAHI..sudah menjadi hukum alam setiap y hidup pasti akan mati..itu janji kita pada pencipta..tp sakit kehilangan dia k-poh rasa sampai ke hari nie..hari berganti hari..tahun berganti tahun..keadaan k-poh masih sama..bahkan mungkin makin teruk..bukan niat k-poh nak melawan takdir..bukan maksud k-poh tak redha dgn ketentuan ILLAH..tp mungkin k-poh masih perlukan masa utk menerima kenyataan y k-poh dah kehilangan dia buat selama-lamanya..22 tahun k-poh hidup dgn dia..sakit perit k-poh,suka duka k-poh,ragam dan kerenah k-poh,semua dia tangani..so bukan mudah utk k-poh biasakan diri hidup tanpa dia..semuanya masih segar dlm minda k-poh..kehilangan dia secara mendadak mungkin menyebabkan k-poh lagi sakit nak terima kenyataan nie..tp k-poh tetap berusaha utk meredhakan pe y k-poh pasrahkan selama 3tahun nie..ingat lgi bila k-poh kesedihan,xperlu k-poh lafaskan,dia akan merasakannya..bila k-poh lapar,apa saja makanan akan dia berikan..bila k-poh perlukan sesuatu,semuanya dia usahakan..terasa bersalah k-poh pada dia kerana belum sempat k-poh buat dia bangga,dia dah pergi tinggalkan kami..belum sempat k-poh bahagiakan dia,dia dah pergi buat selamanya..belum sempat k-poh jln tanggungjawab k-poh sebagai anak,dia pergi dulu tanpa pesan..berikanlah aku kekuatan YA ALLAH..kekuatan utk terus berdiri..kekuatan utk terus memikul tanggungjawabku kpd keluargaku..berikan aku kesempatan utk menebus kegagalanku terhadap ayah pada ibuku..tanggungjawabku belum selesai..dan ayah,semoga ayah tenang di sana..anem rindukan ayah dan sentiasa rindukan ayah..anem yakin suatu hari nanti kita akan ditemukan semula..semoga roh ayah ditempatkan dalam golongan orang2 y beriman..AL-FATIHAH..

Popular Posts