Followers

Monday, April 23, 2012

C + I + N + T + A

kata mawi cinta itu ibarat "kentut" nak di tahan sakit,dilepas takut..eeewwww...selekeh..hahhaa..dan disebabkan cinta itu la kot dy lepaskan ina n bersama eikin sekarang..alhamdulillah masing2 dah bahagia dgn keluarga masing2 an..hehehe..tapi kata yusri plak cinta itu ibarat "makan sambal belacan" walo pedas hingga mengalir air mata namun tetap dimakan juga..dan  kerana cinta itu juga la dy kini bersama lisa setelah berpisah dengan erra..harap2 kekal buat selama-lamanya..aminnn..tapi bagi mili cinta itu ibarat "kopi" memang sedap diminum ketika panas,tapi risikonya cepat abis,terus diminum perlahan-lahan,tapi risikonya akan sejuk...hmmm..masing2 ada pandangan masing2 tentang cinta..ada yang kata cinta itu buta,dan kerana itu sangggup buat apa saja..tapi bagi sang pencinta,cinta itu "memahami" sebab tu mereka sanggup bekorban apa saja..dalam filem 7 petala cinta menyatakan "cinta bukan melemahkan tapi menguatkan,dan cinta bukan kesedihan tapi kegembiraan.." namun petikkan dalam filem mujhse dosti karoge pulak "cinta bukan bermaksud memiliki..mengorbankan kebahagian sendiri demi melihat kegembiraan orang yang dicintai juga merupakan cinta.." 
pada aku,cinta itu anugerah..pelengkap kepada kehidupan..seperti kanan yang perlukan kiri..seperti aur yang perlukan tebing..isi yang memerlukan kuku..sama juga seperti kesedihan dan kegembiraan dalam satu peket..so kepada mereka yang telah miliki cinta,perliharalah ia sebaiknya..dan kepada sesiapa yang masih kabur dalam cinta jelaskanlah kerana cinta memberi harapan untuk masa hadapan yang lebih cerah...tapi buat teman2 yang masih belum temui cinta,jangan pernah putus asa..kerna cinta yang teragung sedang menanti sebab tu kita memerlukan sedikit masa tuk persiapkan diri..jadi cintailah diri kita dulu..bercintalah dengan yang mencipta nescaya itu akan lebih bahagia..jangan lemah kerana cinta dan jangan lalai kerana cinta..kerna ia hanya perasaan yang dipinjamkan oleh ALLAH swt..maka tiada yang kekal melainkan cinta kepada-NYA..bila kita biarkan ia datang,kita kena bersiap untuk biarkan ia pergi.. ^_^

Popular Posts